Melayu Boleh

Yakinlah Melayu Boleh Melakukannya

Melayu Boleh

Sunday, April 26, 2009

Melayu Boleh - Satu Cabaran

Melayu Boleh. Itulah kata kunci yang perlu digunakan dalam keseluruhan blog ini. Ini kerana pada hari ini saya telah mendaftar untuk menyertai cabaran Melayu Boleh yang dianjurkan oleh laman web Jombincang. Cabaran ini akan menguji kebolehan sesebuah blog itu untuk menempatkan diri dalam kedudukan yang paling tinggi dalam carian kata kunci Melayu Boleh.

Mengapa guna kata kunci Melayu Boleh? Mengapa bukan Malaysia Boleh? Bukannya sama je ke? Mungkin itu yang anda semua fikirkan. Tetapi cabaran ini sebenarnya mempunyai satu misi khas. Sebab utamanya ianya apabila disebut Melayu Boleh di internet, orang akan membayangkan laman-laman web yang memaparkan aksi-aksi orang melayu khususnya remaja dalam aksi-aksi yang boleh dianggap kurang menyenangkan. Oleh itu perkataan melayu boleh itu dianggap negatif oleh pelayar-pelayar internet khususnya pengguna melayu. Bagi mereka perkataan melayu boleh itu hanyalah laman-laman lucah. Cabaran ini ingin meletakkan blog dan laman web melayu yang bukan berunsur lucah tetapi boleh diakses dengan menggunakan kata carian utama melayu boleh.

Dengan kata lain, blog ini hanya sebagai blog penampan kepada laman-laman web melayu boleh yang berunsur lucah yang ramai sedia maklum. Blog melayu boleh yang saya bina ini bebas dari anasir-anasir tersebut. Blog ini cuma akan memaparkan kebolehan melayu bersaing dengan orang-orang lain dalam bidang tertentu. Memang banyak sebenarnya kebolehan yang orang melayu miliki namun kadangkala kita sendiri yang tidak menyedarinya ataupun mungkin terlepas pandang.

Saya berharap selepas ini pengguna-pengguna internet di Malaysia khususnya pengguna melayu boleh ketepikan pandangan-pandangan negatif tentang perkataan Melayu Boleh. Satu usaha yang akan memakan masa. Kita akan cuba mempercepatkannya dalam masa seberapa singkat yang boleh. Kurang sesuai pula sekiranya perkataan tersebut dianggap negatif sedangkan bangsa melayu itu adalah satu bangsa yang bermaruah. Mengapa boleh jadi hingga sebegitu? Ya!! Kita orang melayu memang boleh. Boleh maju, boleh ke depan seperti orang lain, tetapi ingat... dalam sekelip mata juga melayu boleh jatuh andai kita leka.

Berikan sokongan kepada blog MelayuBolehGemilang agar melayu akan kembali cemerlang, gemilang dan terbilang di suatu masa nanti. Yakin boleh! Malaysia Boleh! Melayu Boleh.

Labels: melayu boleh

posted by melayu boleh at 9:20 PM 0 Comments

 
Nama:
Email:
 

Penganjur Budiman

  • Video Usahawan
  • Belajar SE0
  • Cheap Domain and Hosting
  • Cheap Domain and Hosting
  • Rahsia 1K sebulan
  • Rahsia Sensaoil Ayuzip | Melayu Boleh
    Rahsia Kebahagiaan Sebenar Suami Isteri Hanya Dengan Sensaoil & Ayuzip

Previous Posts

  • Melayu Boleh - Malaysia can end long wait for a wo...
  • Melayu Boleh - Satu Cabaran

Archives

  • April 2009
  • May 2009

Powered by Blogger

Subscribe to
Posts [Atom]